Qudwah Technology Sdn. Bhd.
Dokumen ini merupakan syarat rasmi bagi semua projek pembangunan aplikasi mudah alih yang
dijalankan oleh Qudwah Technology Sdn. Bhd., termasuk polisi kelewatan, kerja tambahan dan
syarat pembayaran.
1. YURAN & DEPOSIT
Sebanyak 70% deposit daripada jumlah keseluruhan kos projek perlu dijelaskan sebaik sahaja projek disahkan untuk dimulakan. Baki 30% perlu dibayar setelah aplikasi disiapkan mengikut
spesifikasi yang dipersetujui, tertakluk kepada klausa “Kelulusan Kerja” dan “Penolakan Kerja”. Deposit hanya akan dikembalikan jika tiada kerja pembangunan dimulakan. Sekiranya kerja telah dimulakan dan projek dibatalkan atas sebab daripada pihak klien, deposit tidak akan dipulangkan
dan kos pihak ketiga seperti yuran akaun pembangun (Google/Apple) akan ditolak.
2. PEMBEKALAN BAHAN
Klien bertanggungjawab menyediakan semua bahan dan kandungan seperti logo, teks, imej, dan
maklumat akses yang diperlukan untuk pembangunan. Sebarang kelewatan dalam pembekalan
bahan boleh menjejaskan garis masa projek
3. PERUBAHAN SPESIFIKASI
Sebarang permintaan perubahan kepada skop asal akan dinilai sebagai kerja tambahan (Variation
Order). Sebarang kerja tambahan hanya akan dimulakan setelah bayaran tambahan dipersetujui
dan dijelaskan.
4. KELEWATAN & TANGGUNGJAWAB KLIEN
Sekiranya klien gagal memberi maklum balas atau bahan dalam tempoh lebih dari 5 hari bekerja,
projek boleh ditangguhkan dan dijadualkan semula. Kelewatan lebih 14 hari boleh dikenakan caj
penyambungan kerja.
5. KELULUSAN KERJA
Klien diberi tempoh 10 hari kalendar untuk memberi maklum balas bertulis selepas penyerahan
kerja. Jika tiada maklum balas diterima, kerja dianggap diluluskan dan baki bayaran menjadi wajib.
6. PENOLAKAN KERJA
Penolakan kerja tanpa alasan munasabah selepas pembetulan dibuat akan dianggap sebagai
penamatan kontrak oleh klien, dan kami berhak menuntut bayaran penuh untuk kerja yang telah
dilaksanakan.
7. PEMBAYARAN TERTUNGGAK
Semua invois mesti dijelaskan dalam tempoh maksimum 7 hari. Sebarang invois tertunggak akan
menyebabkan penangguhan kerja serta-merta.
8. HAK CIPTA & HARTA INTELEK
Klien hendaklah memastikan semua bahan yang dibekalkan adalah milik sendiri atau telah
mendapat kebenaran sah. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran hak cipta.
9. PEMILIKAN & LESEN
Setelah pembayaran penuh diterima, semua fail aplikasi, kod sumber (jika dipersetujui) dan akses
akaun akan diserahkan kepada klien.
10. PENERBITAN APP
Kami akan bantu proses penerbitan aplikasi ke Google Play & App Store. Kelulusan tertakluk
kepada polisi semasa platform berkenaan.
11. PEMASARAN DIGITAL
Kami menyediakan kempen pemasaran digital termasuk Google Ads, Meta Ads dan TikTok Ads.
Semua data kempen akan diserahkan kepada klien.
12. KERUGIAN TIDAK LANGSUNG
Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung termasuk kelewatan akibat faktor pihak
ketiga.
13. SUBKONTRAK
Kami berhak melantik rakan teknikal untuk menjalankan sebahagian pembangunan
14. KERAHSIAAN
Segala maklumat projek dan syarikat klien akan dirahsiakan
15. PERBELANJAAN TAMBAHAN
Sebarang kos tambahan seperti lesen API, imej stok, dan plugin akan dibincangkan dan dibilkan
berasingan.
16. BACKUP & PENYIMPANAN
Kami akan menyimpan salinan backup secara tempatan dan di awan sehingga 30 hari selepas
projek selesai.
17. AKAUN PEMILIKAN
Semua akaun teknikal akan dipindahkan kepada klien selepas pembayaran penuh.
18. PENGESAHAN
Dokumen ini hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua pihak sebelum kerja dimulakan.