Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul

ALHAMDULILLAH Jumaat lepas, Qudwah Technology Sdn. Bhd bersama team Ustazustazah.com telah BERJAYA membersihkan 3 buah rumah di Kg Sungai Radin Linggi, Negeri Sembilan.
Sebak melihat keadaan rumah mangsa sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan. Hampir kesemua barang di dalam rumah mengalami kerosakan yang sangat teruk 😥

Tuan rumah juga sempat memberitahu, sebelum ini rumah beliau pernah mengalami bencana banjir juga pada bulan September yang lalu. “TAK SEMPAT NAK HABIS KEMAS YANG DULU, DAH BANJIR BALIK”. Jika beliau seorang diri membersihkan rumah ini, mungkin mengambil masa 2-3 bulan 😔

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT & kudrat daripada lebih 40 orang sukarelawan, proses kerja-kerja pembersihan hanya mengambil masa sebanyak 4 jam sahaja.
Kami Qudwah Technology Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pembersihan ini.
Doakan kami dapat bantu lebih ramai mangsa yang sedang bertungkus-lumus membersihkan perumahan masing-masing.
InsyaAllah. Teruskan berdoa 💪

Do you want to grow your business?

we can do it together